
Skrewkuat mengisahkan minggu lepas akan pertemuan antara dua pastor utama di Selangor akan diadakan iaitu Pastor Daniel Ho dan Pastor Khalid Samad.
Pertemuan terpaksa diadakan kerana Pastor Khalid Samad marah dengan Teresa Kok yang tidak jujur dan bercakap benar untuk menjelaskan kejadian sebenar di Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).
Pastor Khalid Samad sekarang berang kerana pihak GMDU masih berdiam diri dan mahukan mereka mengaku tentang kegiatan tersebut daripada membiarkan isu ini menjadi lebih besar atau menafikan sahaja dakwaan JAIS tersebut.
Baca sepenuhnya di Skrewkuat

Agendadaily pula melaporkan PAS yang enggan menyatakan pendirian minggu lepas, menggunakan alasan untuk bertemu dulu dengan pihak gereja dan JAIS mula tukar nada.
Barangkali kerana asakan dan pendedahan bukti mengenai usaha memurtadkan orang Islam oleh pihak Kristian serta sokongan Dewan Pemuda PAS Pusat kepada tindkan JAIS itu, PAS menyatakan pendirian rasmi selepas mesyuarat Biro Politiknya petang tadi.Syarat dia, kalau ada bukti. Kalau DAP bising, macam mana dia konar balik nanti? Pak Lebai ni semua bukan boleh percaya.
PAS berpendirian bahawa jika ada bukti, JAIS hendaklah segera mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba memurtadkan orang Islam mengikut undang-undang atau enakmen Islam yang ada.
Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam sidang media selepas mesyuarat hampir dua jam di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Khabar yang kami dengar, Mr liberal PAS, Dr Dzulkifli Ahmad dan Dr Hatta Ramli dah tak mahu handle issue ini.
0 comments:
Post a Comment