Saturday, August 13, 2011

Gerakan Cegah Murtad mula suara



Gabungan NGO Melayu mulakan suara Gerakan Cegah Murtad dalam satu perhimpunan aman di hadapan Masjid Negeri di Shah Alam selepas sembahyang Jumaat Ogos 12hb 2011. Dengan kehadhiran lebih kurang 300 org, ahli Parlimen Bandar baru Kulim, Dato Zulkifli Nordin, Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Noor Adam danm Ustaz Rosdi Long berucap di perhimpunan itu.



Dalam ucapan Lokman Nur Adam, dia menyentuh mengenai kemunculan puak pelampau menyebar agama lain kepada penganut Islam. Ia dilihat cubaan menghina umat Islam oleh bangsa Islam/Melayu sendiri. Lokman menyelar tindakan sediakan khidmat guaman percuma kepada golongan murtad yang dibantu oleh Konrad Adreneur Foundation, dalang disebalik IFC.



Ucapan Ustaz Rosdi Long menyeru umat Islam menjaga akidah bagi mengelak murtad kerana murtad adalah sangat hina disisi Allah swt. Dia mengajak para hadhirin sama-sama memerangi golongan yang merosakkkan akidah umat islam.







Senator Ezam menyampaikan satu ucapan yang begitu bersemangat. Dia memberi amaran kepada bukan Islam, khususnya exco bukan Islam negeri Selangor agar tidak permainkan maruah org Islam.



Transkrip ucapan penuh Ezam boleh diperolehi di Aku Peduli Apa sini.



Ucapan Dato Zulkifli Nordin boleh didengari dengan video You Tube berikut:







Beberapa kain rentang 3 dan 5 plakad tertulis kata-kata:

1) Kami menentang keras tindakan memurtadkan umat islam di Malaysia. Kami berdiri teguh di belakang JAIS menangani isu murtad.

2) Hidup islam, hidup islam, hidup islam, kami sokong hudud, bukan negara kebajikan, (penaja cawangan gereja)

3) Jamban murah, murah, murah, raya sales, merdeka sales, akidah sales, agama sales,

4) Patut letak jawatan, kami mahu hassan ali

5) Haramkan injil versi melayu.




Plakad pula berbunyi:

1. Khalid gagap lembu DAP.

2) Selamatkan umat islam

3) Pelekat jihad menentang DAP

4) KAMI MALU DENGAN MB.

5) Merry Xmas KHALID BRAHEM

6) Dap musuh islam.

7) Syabas Hassan Ali

8) Menang bersorak agama tergadai.

9) Jangan politikan isu murtad.....





Sementara itu di Melaka di perkarangan Masjid Al-Azim diadakan perhimpunan bantahan oleh badan NGO yang terdiri daripada ahli Perkasa negeri Melaka, persatuan sidang2 seramai lebih kurang 50 org telah hadir.



dan diantara kenali hadir ialah shaari b. abu-,muslihin b. mohamad-sidang merlimau barat.



Timb. Pengerusi Persatuan Sidang2 dan Ketua Kg. Negeri Melaka, Shaari b. Abu

menyuarakan kekecewaan dengan tindakan kerajaan negeri selangor yang mempertikai tindakan JAIS membuat pemeriksaan di sebuah gereja di mana jelas dalam kejadian tersebut pihak gereja cuba untuk memurtadkan orang islam.



Beliau turut membantah tindakan pihak2 tertentu yang cuba untuk memporakperandakan orang-orang Islam.



Dalam perhimpunan itu terdapat 5 kain rentang yang tertulisan perkataan:

1)Kami tidak tolak agama lain tapi tolong hormat agama islam.

2)Kami mahu seksyen 10 enekmen jenayah syariah dilaksanakan.

3)Kalau dulu bersihkan spr tapi kini cuba bersihkan islam dr bumi malaysia.

4)Kemana PAS dna PKR bila Institusi Islam diperlekehkan.

v)Jangan cabar perkara 11 dan hormati para 3 perlembagaan persekutuan.


Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Online