Saturday, August 13, 2011

NAK DEDAH DANA BERSIH 2.0 TAPI POLIS DAH RAMPAS REKOD!!!... LAWAKNYERRRR!!!

Menyedari bahawa National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) milik penuh Zionis yang cuba menanam doktrin Zion selain memastikan huru-hara berterusan di negara-negara yang mereka masuk, Ambiga Sreevanasan perlu mengubah cakap dan memberikan gambaran yang lebih suci kepada BERSIH 2.0.


NDI dan OSI masing-masing dimiliki oleh Madeline Albright dan George Soros, dua penakluk Zionis yang sangat berkuasa sama ada sebagai pelobi Zionis mahupun sebagai pendana dan kedua-duanya menjalankan operasi memantapkan fahaman Zionisme di seluruh dunia dengan berselindung di sebalik perkataan dan perjuangan DEMOKRASI!!!


Antara kerja-kerja Zionis ialah melaga-lagakan umat Islam dengan umat Kristian dari segala cabang dan mazhab. Perkara terbaik yang mereka telah lakukan ialah pemurtadan umat Islam serta menimbulkan Islamaphobia di kalangan umat Kristian.


Ia seperti politik di Palestin, Hamas dan Fatah dilaga-lagakan dengan kedua-dua entiti tersebut diserapi pengaruh dan kewangan Zionis. Apabila kedua-duanya kelihatan 'bersetuju' untuk beberapa perkara, Arab Palestin dilaga-lagakan pula menerusi agama yang mereka anuti iaitu Islam dan Kristian... sekaligus menyebabkan Arab Palestin lebih sibuk berperang sesama sendiri sedangkan pada masa yang sama, tanah Palestin terus dimasuki dan diduduki oleh Yahudi Zionis dari serata pelusuk dunia tanpa sebarang bantahan mahupun tentangan, sekaligus menjadikan Arab Palestin semakin mengecil jumlahnya. Ditokok pula dengan serangan ketenteraan oleh tentera Zionis, yang bukan sahaja bertujuan menakut-nakutkan Arab Palestin, sebaliknya untuk membunuh serta menghapuskan mereka dari bumi ini.


Ambiga Sreevanasan mengakui bahawa BERSIH 2.0 memperolehi dana daripada OSI dan NDI. Bagaimanapun, untuk melindungi kenyataan tersebut atau bagi tujuan meredakan kemarahan umat Islam yang menyokong BERSIH 2.0, Ambiga menyatakan bahawa operasi BERSIH 2.0 menggunakan sepenuhnya dana tempatan dengan contohnya adalah RM15,000 dari Kerajaan Negeri Selangor!


Sebaliknya dana yang disalurkan oleh kedua-dua entiti Zionis tersebut adalah untuk PROJEK MASA HADAPAN khususnya yang berkaitan dengan persempadanan semula dan bukannya untuk demonstrasi BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu. (BACA DI SINI)


Dan untuk membuktikannya, Ambiga Sreevanasan menyalahkan pihak polis kerana telah menyerbu dan merampas dokumen-dokumen kewangan tersebut dari pejabat Empower, sebuah badan yang menguruskan demonstrasi pada 9 Julai.


Senangnya untuk melepaskan tengkuk... tapi mujurlah, kata-kata Ambiga Sreevanasan dipercayai oleh para penyokong Pakatan Rakyat!! Malah walaupun dia menafikan Zionis adalah Demokrasi, ramai yang sanggup mempertahankan kenyataannya itu!!!


Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Online