Saturday, August 13, 2011

Murtad sebagai rancangan penghapusan etnik terakhir



Bekas Presiden PAS, Tan Sri Asri Hj Muda semasa hayatnya pernah dipetik berkata.."Ramai orang menang bila diuji dengan kesusahan...tapi tak ramai yang menang bila diuji dengan kesenangan...".



Aneh, kata-kata beliau yang diucapkan beberapa dekad yang lalu tiba-tiba jadi begitu bermakna dan relevan dalam konteks peristiwa terbaru di Selangor di mana orang Islam terdorong menerima undangan gereja sebagai balasan pada pertolongan diterima.



Peristiwa yang dimaksudkan tentulah Makan Malam Thanksgiving yang di adakan di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya sebagai TOPENG pihak gereja kepada apa yang sebenarnya satu program orientasi agama dianjurkan terhadap sebilangan tetamu Islam yang diundang.



Demikianlah bila pemberian dan kesenangan yang diterima melemahkan kekuatan dalaman seseorang dan menjadikannya tewas dan tidak berdaya melawan desakan pihak yang memberi. MACAM RASUAH LAH JUGAK!!!



Taktik yang digunakan dalam strategi berdakwah cara begini amat berkesan kerana budaya terhutang budi ini adalah satu nilai universal yang diketahui umum dan para pendakwah missionary sudah berkurun mengeksploitasi rasa terhutang budi di kalangan kumpulan-kumpulan yang mereka bantu atas dasar hak kemanusiaan!



Hangat perbincangan yang timbul dari peristiwa ini. Ramai yang menuding jari - PKR tunjuk UMNO, UMNO tunjuk PAS, sibuk seperti biasa salah menyalah antara satu sama lain. Tiada siapa yang nak mengaku mereka sama-sama menyumbang terhadap kejadian yang mengejutkan umat Islam negara ini (baik parti mana pun mereka sokong).



Dalam kekecohan ini, tak seorang pun terfikir untuk melihat ke arah kelompok satu lagi yang menjadi DALANG kepada perkara-perkara berkenaan, yang baling batu sembunyi tangan, yang cepat-cepat mengubah strategi kerana takut langkah mereka sudah di bau musuh!



IYA!!!



DI SEBALIK SALAM PAKATAN, ISLAM ADALAH MUSUH MEREKA YANG TERBESAR!!!



DARI ITU OBJEKTIF UTAMA GERAKAN KELOMPOK INI ADALAH UNTUK MEMESONGKAN AQIDAH PENGANUT-PENGANUT ISLAM KHUSUS YANG SUDAH MULA GOYANG AKIBAT PENDERITAAN HIDUP YANG MEREKA TANGGUNG SERTA KEYAKINAN YANG SEMAKIN PUDAR TERHADAP INSTITUSI KEBAJIKAN YANG SEHARUSNYA MENOLONG MEREKA!



The UN Commission on Human Rights considers the recanting of a person's religion a human right legally protected by the International Covenant on Civil and Political Rights!



Tapi siapakah yang di sebalik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sebenarnya memainkan peranan???



SEKALI LAGI LAGU "HAK ASASI" JADI NYANYIAN YANG DIDENDANG BAGI MENYEMBUNYIKAN NIAT KELOMPOK INI YANG SEBENAR!



Mana-mana agama menganggap 'murtad' adalah satu dosa. Ugama Islam terutama sekali tidak mengizinkan umatnya terjebak dalam MURTAD kerana dosa turut ditanggung oleh mereka SEMUA dan bukan setakat mereka yang melakukan.


Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Online