Thursday, August 11, 2011

SKANDAL 'DALAM KAIN' SYARIKAT PENERBANGAN MAS AIRLINES!!

4
Bulan Ramadhan bulan mulia.. Masih ada pasang niat hendak tonton cerita2 panas. Panas tidak semestinya lucah. Melayu CinDia terbaca salah 1 artikel dari Malaysian Insider mengenai isu perjanjian kerjasama MOU antara syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia, yang telah dimeterai bersama sebuah Syarikat Bumiputra Khazanah Holdings. Artikel tersebut telah memberi fakta 'atas angin' mengenai penukaran CEO MAS yang bakal diberikan kepada Tony Fernandes. Ianya bukan sebuah artikel yang dipetik daripada kenyataan Tony ataupun pihak berkaitan akan tetapi 1 analisa. Jikalau benar ianya sekadar analisis sekalipun takkan sebuah portal yang dilihat profesional boleh mengeluarkan sebuah artikel yang tidak merujuk pada sumber yang sahih? Di mana kualiti sebuah portal yang berwawasan mencipta sebuah media maya informasi terulung di Malaysia? Melayu CinDia dan beberapa blogger ada menerima penjelasan daripada pihak yang berkenaan yang menjelaskan Tony Fernandes tidak akan sama sekali diberi jawatan CEO MAS. Syakirat MAS dan syarikat Air Asia hanya bertindak bekerjasama melalui Khazanah Holdings bagi memantapkan lagi prestasi syarikat Penerbangan Negara ke arah yang lebih berprestij. Ayat macam poyo bukan. Tapi ini realiti dan kenyataan sahih. Daripada hasil kerjasama ini, Air Asia hanya menerima 20% daripada keuntungan yang diperoleh. Dan yang lebih penting, Khazanah Holdings bakal menerima 49% daripada hasil keuntungan ini. MAS pula? 10%. Ini fakta yang jelas malah bekas Perdana Menteri Tun Mahathir sendiri bersetuju dengan kaedah yang dilihat lebih efektif. Lagi 1 perkara yang rakyat mesti ketahui. Objektif yang paling progresif hasil kerjasama ini adalah di mana, Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang peruntukan bagi menampung dan membantu dana Syarikat Penerbangan MAS. Wang tersebut boleh dimanfaatkan untuk pembangunan2 lain dan memberi anjakan baru kepada rakyat Malaysia amnya. Maka jelas Malaysian Insider telah mengeluarkan 1 artikel yang bagi Melayu CinDia agak memalukan bagi sebuah Portal yang dilihat berada pada 1 tahap ke arah global. Tony Fernandes tidak sama sekali akan dipilih malah tidak dicalonkan pun sebagai CEO Penerbangan MAS. Dan spekulasi yang mengatakan Syarikat Penerbangan MAS yang menjadi mercu tanda Negara bakal hancur adalah 1 pandangan dan persepsi emosi tanpa sebagai rujukan serta kajian jangka panjang. Ingat. Kerjasama ini amat besar impaknya pada ekonomi Negara. Tatkala Ekonomi Global menghadapi kelembapan, idea sebegini dilihat lebih berdaya saing. Jelaskan kepada rakyat yang mahukan kebenaran. Jangan mudah terperdaya dengan dakyah2 Portal yang katanya Neutral, akan tetapi tetap mengambil resepi Anwar meracuni minda masyarakat dengan anasir2 dan fitnah2 kotor sebegini. Rakyat Malaysia sewajarnya diberikan informasi yang lebih tepat dan tidak bergelumang dengan perkara2 negatif tentang Kerajaan dan Syarikat Malaysia yang tidak diketahui fakta yang jelas. Provokasi sebegini sekadar jalan mudah meraih sokongan rakyat dengan penipuan yang menjatuh air muka dan maruah Negara. Anda boleh rujuk pada beberapa blog yang memainkan isu ini untuk melihat dengan lebih jelas


Widget by Forex Trading | Business

0 comments:

Post a Comment

 
Online