
Persatuan Air Malaysia (MWA) percaya kerajaan negeri Selangor telah memberikan maklumat yang salah kepada orang ramai mengenai situasi sebenar berhubung permintaan dan pertumbuhan bekalan air di negeri itu.
Dalam satu kenyataan, persatuan itu merujuk kepada pertikaian baru-baru ini di antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan kerajaan negeri berhubung situasi air di Selangor.
Untuk menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua pihak, MWA mencadangkan kerajaan negeri membenarkan Syabas membentangkan data mereka mengenai situasi bekalan dan permintaan air.
Menurutnya, dengan angka berkenaan, kerajaan negeri dengan itu boleh menyelaraskan data yang dibentangkan itu dengan data mereka sendiri.
"Penyelarasan ini penting, kerana orang ramai kini diberikan maklumat yang salah dan dikelirukan oleh percanggahan maklumat antara kedua-dua pihak,” menurut MWA. - Bernama
Khalid gagap sememangnya gagal melakukan tanggungjawab sebagai MB Selangor kerana menyebabkan Yayasan Selangor kering duit sehingga defisit RM 7 juta lebih, kali ni pula memberikan maklumat palsu kepada orang ramai terhadap isu bekalan air yang dijangkakan akan bermasalah pada 2012-2014.
Oleh kerana keuntungan air Khalid gagap diserap kembali kerana memberikan air percuma kepada kroninya yang kebanyakan rumah teres mewah di Selangor, Khalid meracau kembali membuat agenda palsu untuk dibentangkan pada orang ramai.
Khalid gagap ni sudah mula menipu rakyat Malaysia untuk mempertahankan jawatan yang disandangkan sekarang, itu sebab dikelirukan data maklumat sebenar yang akan memakan dirinya sendiri satu hari nanti, Insyaallah.
0 comments:
Post a Comment