
Tak perlu kita pergi jauh untuk mengkaji siapa sebenarnya pejuang-pejuang PAS yang mengaku mereka adalah pejuang sejati Islam ini. Cukup membuat perbandingan diantara sikap mereka dengan sikap pendakwah-pendakwah Kristian.
1. Pejuang Islam PAS berdakwah atas tujuan dan kepentingan politik tapi pendakwah Kristian berdakwah semata-mata atas tujuan menyebarkan dan meramaikan penganut agama mereka.
2. Pejuang Islam PAS suka memaki hamun dan memfitah untuk menarik perhatian orang lain sedangkan pendakwah Kristian menggunakan pendekatan yang lembut dan menyantuni golongan sasaran mereka.
3. Pejuang Islam PAS sampai ketahap mengatakan Allah yang disembah umat Islam sebagai samseng, mencarut dan sebagainya tapi pendakwah Kristian menyatakan bahawa tuhan mereka sangat pengasih, penyayang dan sentiasa membantu penganut-penganutnya.
4. Pejuang Islam PAS kata ibadah solat umat Islam adalah sebagai tanda 'demonstrasi' kepada Allah sedangkan pendakwah Kristian mengatakan sembahyang mereka adalah sebagai tanda mentaati tuhan mereka dan dengannya mereka akan lebih dikasihi dan diberikan rahmat yang lebih besar.
5. Pejuang Islam PAS takut dan tunduk jika ada pihak-pihak bukan Islam mempertikaikan apa yang mereka mahu laksanakan berkaitan hukum Islam tapi pendakwah Kristian tidak akan tunduk pada tekanan dan akan tetap melaksanakan apa yang mereka rasa baik untuk agama mereka.
6. Pejuang Islam PAS suka melihat umat Islam dinegara ini berpecah belah dan bermusuhan sedangkan pendakwah Kristian akan berusaha untuk menyatukan penganut-penganut agama Kristian agar mereka menjadi lebih kuat dan berpengaruh.
Itulah antara kelemahan puak-puak PAS yang mengaku merekalah pejuang Islam sejati yang kononnya meletakkan kepentingan Islam mengatasi segala-galanya. Walhal kita semua boleh melihat apa yang diutamakan oleh PAS hanyalah kepentingan politik semata.
Sedangkan Islam itu jauh lebih indah, suci, murni dan yang terbaik untuk seluruh umat manusia. Tapi gambaran yang dibawa oleh PAS jadi sebaliknya. Seolah-olah Islam membenar dan menggalakkan maki hamun, fitnah, perpecahan, samseng dan sebagainya yang negatif.
0 comments:
Post a Comment